Hello Doktor
Country : Malaysia
  • Internship

Program Wartawan Pelatih Hello Doktor

Hello Doktor is a part of Hello Health Group; medical information platform in Malaysia with the vision to make health information accessible and useful for all in order to increase knowledge about health and healthy living. We provide reliable health information which is approved by medical experts in Malaysia.

We are facilitating access to the most up-to-date health information, educating patients, and encouraging them to actively engage with care providers in the process of the medical decision making.
 

We are one of the first websites in ASEAN to be certified by HONCode, a nonprofit medical board governing health information online.

Responsibilities

Mula :   Mac 2018

Durasi :  4 Bulan

Lokasi :   Kuala Lumpur / Digital Nomad (di mana sahaja, walaupun dari rumah anda yang selesa!)

Secara ringkasnya..

Apakah yang anda mahukan apabila mencari tempat bagi menjalani latihan praktikal?

Adakah reputasi sesebuah syarikat tersebut? Gaji atau elaun? Jarak perjalanan yang dekat dari rumah ke tempat praktikal?

Sungguh bertuah jika anda boleh dapat segalanya seperti apa yang dinyatakan di atas, tapi jangan biarkan ia mengalih perhatian anda dengan sebab utama menjalani latihan praktikal iaitu (selain daripada keperluan Universiti untuk tamat pengajian):

…… betul jawapan anda! PENGALAMAN.

Anda pasti tahu yang kebanyakan majikan selalu mengimpikan calon-calon dengan pengalaman kerja apabila terdapat kekosongan di syarikat mereka. Sebagai seorang graduan yang baru habis belajar, ini sesuatu yang sangat mustahil kerana di bahagian ‘Experience/Pengalaman’ dalam CV anda, hanya sekadar terdapat pengalaman kerja-kerja sukarela dan kerja-kerja persatuan ko-kurikulum (secara jujurnya, kebanyakan syarikat tidak ambil peduli mengenai pengalaman tersebut)

Inilah kepentingan latihan praktikal.

Semestinya anda tidak sekadar mendapat pengalaman yang sembarangan. Jika anda memasang impian untuk menjadi penulis dalam bidang media, sebagai contohnya, pengalaman sebagai seorang setiausaha tidak akan membantu anda mendapatkan kerjaya impian anda itu.

Apa yang majikan mahukan adalah apa yang anda belajar ketika latihan praktikal dan bagaimana pengalaman kerja tersebut membantu anda mendapatkan apa sahaja pekerjaan yang anda mohon!

Namun begitu, jika impian anda bukan sekadar ingin menjadi barista atau pembantu peribadi, janganlah sambil lewa dalam memilih latihan praktikal kerana anda hanya akan disuruh membuat kopi, membuat salinan dokumen dan selalu bersiap sedia apabila mereka memerlukan anda.

Di Hello Doktor, misi kami bukan hanya ingin memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat akses kepada maklumat kesihatan yang boleh dipercayai. Kami juga ingin membina sebuah syarikat dengan golongan muda yang berkongsikan matlamat sama, dan bagaimana kemahiran serta keazaman mereka dapat menyumbang kepada misi tersebut. Kemahiran tersebut boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti menulis, merekabentuk, kemahiran menjual, pengurusan media sosial, pemasaran atau apa sahaja kemahiran bisnes dalam era keusahawanan/startup masa kini.

Dan kami sedar, bagi mencari bakat yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan tadi, tidak semestinya terdapat pada golongan profesional yang sudah bertahun lamanya bekerja. Kadangkala kita akan temui permata di sebalik timbunan kaca jika kita memberi peluang kepada golongan muda termasuk graduan lepasan pengajian, di mana mereka boleh menjadi ‘superstar’ dalam bisnes dalam masa 5 tahun akan datang --- mereka hanya perlukan PELUANG untuk membuktikan keupayaan dan menunjukkan apa yang boleh mereka lakukan!

Di Hello Doktor, anda mempunyai peluang tersebut.

Kami akan pastikan sumbangan anda akan menjadi signifikan kepada syarikat, di mana di akhir latihan praktikal, anda boleh berBANGGA bercerita pengalaman hebat tersebut kepada rakan-rakan. Kami akan pastikan yang anda bukan sahaja menyumbang, malah dapat mempelajari apa-apa sahaja daripada kami; kemahiran baru, ilmu baru dan kawan-kawan baru! Dan manalah tahu, jika anda sukakan apa yang anda lakukan, anda mungkin boleh bekerja dengan kami setelah tamat latihan praktikal.

Tugas Anda:

  • Penyelidikan idea-idea kandungan baru, menyumbang idea untuk artikel gaya hidup sihat
  • Pembangunan dan terjemahan artikel
  • Pastikan ketepatan kandungan dengan mendapatkan rujukan perubatan yang disediakan
  • Memastikan bahasa yang ditulis adalah mudah dan mesra untuk pembaca umum

Requirements

Siapa yang kami cari?

  • Mestilah seorang pelajar dalam Kesusasteraan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, Pengajian Bahasa dan Linguistik, Kewartawanan, Komunikasi Massa, Perubatan, Kesihatan Masyarakat atau bidang berkaitan
  • Fasih berbahasa Melayu
  • Fasih berbahasa Inggeris
  • Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
  • Kemahiran pengurusan masa dan perhatian kepada perincian
  • Berminat kepada isu-isu kesihatan dan gaya hidup serta bagaimana dapat membantu masyarakat memahami isu-isu tersebut

Apa yang anda akan pelajari/dapat

  • Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu
  • Menulis dengan piawaian terbaik industri termasuk penggunaan tatabahasa dan penceritaan yang betul
  • Menulis artikel yang penuh informasi dan mudah difahami
  • Optimasi artikel untuk enjin carian
  • Elaun bulanan dan sijil tamat program

Salary

500 - 500 MYR

Total applicants :6 Job posted 8 months ago Total Views : 248 Unique Views : 247 Today Views : 1


Submit Application

Share this opportunity!

Other Openings

No results found.

Related jobs

No results found.